Monday, December 20, 2010

Apa Rakyat Terengganu perolehi?

Bajet Terengganu 2011 yang dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berakhir khamis 16 Disember 2010 lepas memperuntukkan anggaran perbelanjaan negeri sebanyak RM1.887 billion. Menakjubkan walaupun Terengganu adalah antara negeri termiskin di Malaysia tetapi Terengganu antara negeri yang mengemukakan bajet tertinggi untuk tahun 2011. Sebagai bandingan, Selangor sebuah negeri maju hanya memperuntukkan RM1.43 bilion bagi Bajet 2011.

Daripada jumlah itu, RM1.699 bilion diperolehi dari kerajaan pusat yang disebut oleh Menteri Besar semasa pembentangan Bajet sebagai royalti petroleum tetapi kerajaan pusat masih menganggapnya sebagai bayaran Dana Khas sahaja dan bukannya bayaran royalti. Bakinya RM188 juta atau hanya 10 peratus sahaja adalah sumber kerajaan negeri. Bayangkan di mana Terengganu tanpa dana khas ini? Pastinya kakitangan kerajaan negeri tidak akan dapat dibayar gaji apatah lagi untuk belanja pembangunan. Kerajaan Terengganu memerlukan RM213.34 juta setahun hanya bagi pembayaran gaji dan emolumen sahaja. Untuk berlaku jujur, kita boleh mengambarkan bagaimana kesukaran dihadapi Kerajaan PAS Terengganu era 1999-2004 untuk menguruskan pentadbiran negeri apabila royalti dirampas. Kakitangan kerajaan masih mendapat gaji dan pembangunan masih berterusan walaupun seadanya.

Dato’ Seri Ahmad Said juga mengakui semasa pembentangan Bajet bahawa disebabkan Kerajaan Negeri tidak menerima sepenuhnya pemberian dana khas oleh kerajaan persekutuan seperti mana yang diperuntukkan dalam anggaran bajet bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 menyebabkan Akaun Hasil Disatukan telah mengalami defisit terkumpul yang besar sebanyak RM699.01 juta bagi tahun lepas berbanding RM424.96 juta bagi tahun sebelumnya.

Seorang ahli Dewan Undangan Negeri dari kawasan Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan; mengikut pengalamannya sepanjang menjadi Ahli Dewan Negeri semenjak 2008, walaupun anggaran Bajet Terengganu adalah yang tertinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain, tetapi ianya tidak pernah mencukupi. Apabila berlangsung Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos nanti, biasanya permohonan Bajet Tambahan akan dikemukakan kepada dewan.

Ironinya dengan Bajet 2011 RM1.887 bilion, Bajet 2010 RM1.881 bilion, Bajet 2009 RM1.799 bilion, Bajet 2008 RM1.673 billion, bermakna Bajet pasca Pilihanraya Umum ke 12, sebanyak RM7.24 bilion telah diperuntukan dalam keseluruhan Bajet.

Sungguh! suatu angka yang sangat besar tapi di mana bahagian yang dapat dinikmati oleh rakyat? Bagaimana mungkin dengan peruntukkan sebanyak ini, rakyat Terengganu masih kekal sebagai antara yang termiskin di Negara ini. Sekadar satu contoh remeh, rakyat Selangor sekurang-kurangnya merasai bekalan air percuma walaupun nilanya hanyalah RM11.30. Di Terengganu kita masih bermimpi untuk merasai nikmat air percuma walaupun nilainya mungkin sekadar RM5.

Kuasa beli rakyat Terengganu juga antara yang terendah dengan bukti jelas apabila Pasaraya Mydin Mall di buka di Kuala Terengganu, ramai peniaga kecil dan kedai runcit yang gulung tikar sedangkan di Kelantan walaupun pasaraya demi pasaraya dibuka, peniaga-peniaga kecil masih boleh meneruskan perniagaan mereka disamping pasaraya-pasaraya besar mencatatkan keuntungan luar biasa. Maklumat yang boleh dipercayai menyatakan, jualan harian biasa sebuah pasaraya besar di Lembah Sireh Kota Bharu mencecah RM500 ribu. Dimusim-musim perayaan, jualan hariannya boleh mencecah RM1 juta.

Ketika bulan-bulan awal menduduki kerusi Menteri Besar, Ahmad Said ada mendedahkan bagaimana banyak projek-projek era pemerintahan Idris Jusoh dibuat tanpa kajian teliti dan tidak jelas manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat malah banyak projek menyalahi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Kenyataan ini tentu sahaja ternyata kebenarannya. Monsun Cup, Taman Tamaddun Islam, Masjid Kristal, Projek Tanaman Strawberi, Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Stadium Bolasepak, Jerteh Souq serta pembangunan Pulau Duyong semuanya menelan kos ratusan juta ringgit. Hasilnya, samada gagal disiapkan atau sekadar menjadi monumen kemegahan untuk dipamerkan tanpa rakyat marhain dapat menikmati manfaatnya.

Sekarang, Sebagai seorang Menteri Besar yang berkuasa, tugas beliau bukan hanya sekadar mengkritik dan memburukkan pentadbiran terdahulu yang memang terbukti buruk dalam rangka untuk menutup kelemahan pentadbiran sendiri. Rakyat sebenarnya tidak berminat untuk mengikuti episod seterusnya perseteruan dua pemimpin yang saling berkepentingan ini. Yang diinginkan rakyat bagaimana kerajaan yang memerintah boleh melakukan yang terbaik untuk mereka sesuai dengan slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan. Nah! Sekarang, Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said telah diperuntukkan sebanyak RM7.24 bilion sepanjang 2008-2011. Suatu jumlah yang sangat besar dan mengkagumkan walaupun sebahagian besarnya adalah peruntukkan Dana Khas dan bukannya melalui kebijaksanaan Kerajaan menambahkan hasil negeri. Ahmad Said tidak sepatutnya bersikap lepas tangan dan mengulangi kesilapan sama sabagaimana yang dilakukan Idris Jusoh.

Menyedihkan apabila dengan peruntukkan yang sebegini besar, masih terdengar berita rakyat Terengganu tidur dibasahi hujan disebabkan atap rumah yang bocor, masih kedengaran ada anak-anak yang keciciran pendidikan disebabkan kemiskinan, masih terdengar kisah keluarga yang makan ubi kayu menggantikan nasi dan pelbagai lagi cerita memilukan. Sumbernya bukan akhbar pembangkang tetapi media arus perdana. Pergilah ke tepi pantai, dengarlah keluhan nelayan-nelayan pantai yang masih dihimpit kemiskinan, dengarlah rintihan para petani, peniaga-peniaga kecil dan rakyat-rakyat bawahan di sebalik kemilau projek-projek mega untuk ‘memahat sejarah mencipta tamaddun’.

Saturday, September 5, 2009

Muhyiddin Diharap Selesai Konflik Politik Terengganu

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berharap kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Hulu Terengganu hari ini untuk bertemu empat sayap Umno negeri, dapat memulihkan kemelut dalaman parti.


Tanpa mahu membuat andaian mengenai perkara itu, beliau berkata, tiada sebarang mesyuarat khas diatur khusus untuk membincangkan krisis dalaman parti, sebaliknya hanya pertemuan Timbalan Presiden Umno dengan pergerakan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri di Hulu Terengganu.

"Saya tak boleh buat andaian, tetapi kita harap begitulah (masalah dalaman Umno pulih)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri dan majlis penyerahan zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), di sini, semalam.

Ditanya adakah wakil rakyat dalam kumpulan penentangnya akan hadir dalam perjumpaan itu, Ahmad berkata, beliau tidak boleh memberi jawapan bagi pihak lain, sebaliknya menegaskan menjadi tanggungjawab ahli parti untuk hadir dalam pertemuan dirancang bersama pimpinan tertinggi parti.

"Sepatutnya apabila Timbalan Perdana Menteri datang, kita sebagai ahli parti kena datang. Apabila pemimpin tertinggi negara hadir, sebagai ahli parti, apatah lagi sebagai wakil rakyat, kita perlu hadir pada setiap pertemuan bersama pemimpin. Itu tanggungjawab kita kepada parti dan rakyat," katanya.

Ahmad berkata, dalam rangka lawatan ke Hulu Terengganu hari ini, Muhyiddin akan berjumpa pemimpin empat sayap Umno, diikuti program penyampaian bantuan Aidilfitri kepada golongan kurang bernasib baik dan anak yatim di daerah itu.

Muhyiddin yang turut diiringi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kemudian dijangka menghadiri majlis berbuka puasa dan solat Tarawih di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.

120 unit lagi rumah pangsa di Pulau Duyong

Kerajaan Terengganu bersetuju membina 120 unit lagi rumah pangsa mampu milik berharga RM6 juta di Pulau Duyung awal tahun depan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri berkata, projek yang dibina bersebelahan dengan projek perumahan fasa pertama itu akan dilaksanakan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Beliau berkata, selain mengekalkan kos sekitar RM40,000, projek kedua ini terbuka kepada penduduk kawasan lain dan tidak semestinya untuk penduduk Pulau Dayang yang berpendapatan rendah.

''Mungkin 50 peratus akan diberikan kepada penduduk Pulau Duyung dan 50 peratus lagi kepada penduduk di kawasan lain dengan memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Mampu Milik Pulau Duyung kepada 23 penduduk di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus di sini, petang semalam.

Mereka merupakan kumpulan terakhir yang berjaya memperolehi rumah pangsa daripada 120 unit yang dibina oleh kerajaan negeri.

Katanya, sebelum ini sebahagian besar penduduk di Pulau Duyung tidak mempunyai rumah sendiri dan sebahagian besar mereka menumpang rumah keluarga.

''Dengan adanya pangsapuri tiga tingkat mengandungi tiga bilik tidur serta dua bilik air ini, penduduk akan memiliki kediaman sendiri yang lebih selesa,'' ujar beliau.

Menurut beliau, penduduk hanya membayar kira-kira RM186 sebulan walaupun harga kos sebenar adalah kira-kira RM70,000 seunit.

Maseh Ada Belum Terima

Walaupun kerajaan negeri mengagihkan kurma dan air zam-zam secara percuma dua tahun lalu, ramai anak negeri ini yang mendakwa tidak pernah menerima sumbangan itu dan mereka tidak pasti sama ada masalah berkenaan disebabkan keciciran atau terlepas pandang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dipertanggungjawabkan dengan tugas pengagihan.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Embong, 60, dari Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal, di sini menjelaskan mereka kesal dan mempertikaikan sikap tidak amanah pemimpin kampung yang diberi tanggungjawab mengagihkan sumbangan berkenaan kepada setiap rumah di Terengganu.

Dia dan anaknya, Amir Ismail yang mendakwa mewakili ratusan penduduk kampung yang senasib tetapi tidak berani bersuara berkata, bukan saja pemberian kurma dan air zam-zam tidak pernah diterimanya, malah wang dana khas diperuntukkan kerajaan negeri kepada penduduk kurang berkemampuan juga tidak pernah diterimanya sejak dua tahun lalu.

"Saya dan sembilan anak adalah pengundi Barisan Nasional (BN), jadi apabila berlaku ketirisan dalam agihan bantuan seperti ini pastinya kami kecewa. Apatah lagi saya dan ahli keluarga lain tidak pernah ketinggalan menunaikan tanggungjawab mengundi setiap kali tiba pilihan raya.

"Saya bukan bekerja makan gaji. Pendapatan bekerja sebagai nelayan kais pagi, makan pagi dan memang layak untuk menerima sumbangan kurma dan air zam-zam serta bantuan dana khas pada setiap kali menjelangnya Hari Raya seperti diperuntukkan kerajaan negeri," katanya yang ditemui di sini.

Dia berkata, aduan mengenai penyelewengan itu sudah diajukan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abd Ghani dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Ismail Nik untuk diambil tindakan lanjut.

Sementara itu, Ismail yang ditemui mengaku sudah menerima beberapa aduan daripada penduduk dari tiga kampung mengenai masalah sama di kawasan DUN Bukit Tunggal, tetapi memberi jaminan akan menyelesaikan perkara itu dengan segera melalui program pemutihan untuk mengenal pasti golongan yang tercicir daripada menerima bantuan.

"Saya akui daripada aduan terima setakat ini, ada lebih 12 keluarga tercicir daripada menerima sumbangan air zam-zam dan kurma ini. Bagaimanapun, saya berjanji kepada mereka akan menyelesaikan masalah ini dalam tempoh seminggu lagi selepas melengkapkan senarai nama yang tercicir daripada menerima sumbangan,” katanya.

guaner ganu kite???

ALHAMDULILLAH...... HADIAH UNTUK RAKYAT TERENGGANU

ALHAMDULILLAH...... HADIAH UNTUK RAKYAT TERENGGANU
PERMINTAAN DAS supaya Kerajaan Pusat mengembalikan royalti minyak untuk diuruskan oleh kerajaan Negeri diperkenankan. Kerajaan Pusat bersetuju untuk mengembalikan wang royalti minyak sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian wang itu akan dibuat setelah perincian syarat-syarat mengenai perkara tersebut ditetapkan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin UMNO Terengganu di Hotel Primula di sini hari ini.

DAS KETUA UMNO NEGERI TERENGGANU BARU

DAS KETUA UMNO NEGERI TERENGGANU BARU
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

TEMPAT REHAT WARGAKOTA

TEMPAT REHAT WARGAKOTA
WATERFRONT di Pulau Kambing yang terletak ditepi sungai Terengganu mengadap Pulau Duyong merupakan tempat pilihan wargakota berehat bersama keluarga.

ANAK TERENGGANU TEWASKAN JUARA OLIMPIK

ANAK TERENGGANU TEWASKAN JUARA OLIMPIK
Pelumba trek muda negara, Azizulhasni Awang memberi harapan besar kepada kontinjen Olimpik Malaysia apabila menewaskan pelumba Olimpik Australia untuk muncul juara acara keirin pada satu perlumbaan ujian di Vodafone Arena Melbourne, Australia, kelmarin. Pelumba kelahiran Terengganu yang baru berusia 19 tahun itu turut membantu pasukan negara menjuarai acara Olimpik berpasukan (team sprint) berpasangan dengan Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin

Sunday, August 9, 2009

Sejarah Negeri Terengganu...

Sejarah Terengganu yang awal adalah tidak jelas. Namun begitu terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua pada tahun 1225 yang menyebut sebagai jajahan takluk Palembang.

"Negarakartagama", tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan bahawa Terengganu, Paka dan Dungun di bawah taklukan Majapahit. Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai di Gunung Bewah, terdapat manusia tinggal di situ sejak 4000 SM. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika. Seterusnya dalam sejarah Terengganu, terdapat pemerintahan bernama Megat Panji Alam dan juga Tun Telanai.

Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor, Laksamana dan Paduka Megat Seri Rama, dihantar memerintah Terengganu. Seterusnya, Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir Terengganu. Berikutnya, Terengganu ditadbir oleh Tun Zain Indera, kemudiannya, oleh anak Tun Zain Indera, Tun Yuan, Tun Sulaiman dan Tun Ismail; Tun Sulaiman sebagai sultan di Pantai Layang ( Balik Bukit ), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai Menteri Tersat.

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.

Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).

Istana Maziah.

Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (17461760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794–1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (18761881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881–1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (19181920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920–1942).

Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah negeri Terengganu sekarang.

Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.

Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke–6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Saturday, June 6, 2009

benarkah???

Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi termiskin kerana
program-program yang dibawa oleh kerajaan BN?
Siri 5
Soalan: Benarkah negeri Terengganu sekarang tidak lagi termiskin kerana
program-program yang dibawa oleh kerajaan BN.
Jawapan: Negeri Terengganu masih lagi miskin meskipun siaran akhbar
Kementerian Kewangan atau sebaliknya. Kita boleh lihat disana - sini dalam
kampung di luar kampung, dalam bandar dan di luar bandar kemiskinan
merata-rata. Orang-orang yang berhajatkepada bantuan am daripada jabatan
kebajikan masyarakat ialah lebih kurang seramai ..... Ini bertambah
seramai... semejak kerajaan baru mengambil alih kebanyakan pertambahan itu
ialah kerana kerajaan itu dahulu sengaja meninggalkan mereka dan memberi
bantuan kepada mereka yang tidak la! yak di atas alasan politik. Kerajaan baru
menghulurkan bantuan am bukan berlandaskan politik bahkan kepada kemiskinan
mereka yang menerima bantuan. Kerajaan negeri Terengganu dari semenjak tahun
1978 iaitu tahun mula-mula negeri ini menerima royalti petroleum sehingga
bulan febuari tahun ini ialah berjumlah lebih kurang RM 7 billion. Tetapi
kerajaan Terengganu masih lagi berhutang kepada kerjaan pusat lebih kurang
RM 700 juta. Ke manakah lesapnya wang RM 7 billion itu. Orang yang dapat
memberi penjelasan dan bertanggunjawab ialah mereka-mereka yang memegang
kuasa kerajaan Terengganu sebelum kerajaan baru sekarang. Setakat yang kita
dapat lihat dan hisbah dengan secara kasar wang itu dibelanjakan dengan
seboros- borosnya. Seolah-olah sumber petroleum itu akan berkekalan. Wang
itu selain daripada membayar perbelanjaan pengurusan masyarakat. Sebahagian
besarnya dibelanja untuk mendiri bangunan - bangunan kerajaan, manakah
perbelanjaan yang t! inggi anak-anak syarikat. Boleh dikatakan kesemua anak-
anak syarikat ini bermasalah dan tidak memberi apa-apa pulangan hasi kepada
kerajaan negeri. Tiap-tiap kali saya ini mengakui kesusahan wang. Mereka
minta bantuan daripada kerajaan negeri. Di antara bangunan kerajaan yang
mewah ialah :
1. Muzium Negeri
2. Mahkamah Syariah Kuala Terengganu
3. Perpustakaan Negeri Terengganu
4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu
5. Bangunan Darul Iman
Negeri Terengganu adamelabur dalam Perwaja. Sehingga akhir tahun 1998
Perwaja telah rugi kesemuanya jumlah lebih kurang 3.5 billion ringgit.Negeri
Terengganu sebagai pemegang 19% saham dalam Syarikat telah menanggung
kerugian sejumlah RM 671,545,880. Jumlah itu tidak boleh dikira kecil.
Negeri Terengganu juga dalam satu Syarikat Gunawan Iron Steel melalui anak
syarikat yang bernama Permodalan Terengganu Berhad (PTB) . Penceburan PTB
dalam syarikat GunawanIron Steel itu iaitu RM 3.6 juta.Dalam ! pelaburan itu
sudah menangung kerugian lebih kurang RM 100 Juta. Selain daripada itu
kerajaan terengganu dahulu melalui agennya bernama Tabung Amanah Warisan
Negeri Terengganu memberi jaminan kepada bank sejumlah RM 350. Sekarang
syrikat Gunawan Iron Steel itu tidak beroperasi lagi. Bangunannya sudah
buruk dan satu crane yang dibeli dengan harga lebih kurang RM 7 juta
tersadai di pelabuhan Kemaman menjadi besi buruk dan menghalang aktiviti di
pelabuhan .
Program yang semacaminikah yang menjadikan rakyat Terengganu terbela
danmenjadikan negeri terengganu tidak miskin lagi ?
Lihatlah negeri ini sudah hilang wang modal RM 3.6 juta . Rugi pula RM 100
jutadan menangung bebanan kerugian kepada bank sebanyak RM 360 juta. Jika
mengambil langkah untuk mendapatkan balik wang kerugian itu, siapakah yang
akan membayarnya ?
Bekalan air ke Pulau Redang yang dikontrak membuat kerja bekalan air oleh
kerajaan negeri Terengganu diberi kepada anak ! syarikatnya bernama Babena,
sekalipun ada beberapa buah lagi yang layak. Pemberian kontrak kepada Babena
tidak disokong oleh.... Akhirnya apa yang sudah diterima ialah harga kontrak
asal sebanyak RM 24.26 juta sudah menjadi RM 46 juta, iaitu bertambah RM 20
juta. Tambahan ini ialah bayaran sagu hati ( gratia )kepada Babena dan tidak
ada apa-apa sebab undang-undang. Sagu hati diterima oleh Babena ialah
Sebanyak RM 15 juta. Sekapun pihak pembangkan pada masa itu membantah
sekeras- kerasnya, kerajaan dahulu membuat keputusan membayar ssaguhati
kepada babena RM 9 juta.
Yang amat sedihnya, bekalan air itu ialah untuk kegunaan sebuah hotel besar
di pulau ini dan seramai lebih kurang 250 keluarga yang tinggal di pulau
itu. Boleh dikatakan 70 % daripada air yang dibekalkan diguna oleh hotel
tersebut, yang banyaknya diguna oleh orang- orang kampung.
Sebelum bekalan air itu dibuat oleh hotel ini bersetuju mencarumkan 30 %
daripada harga membin! a bekalan tersebut, tetapi setakat ini satu sen pun
tidak dibayar hingga disiapkan. Kerajaan baru sekarang ini mencari jalan
supaya caruman yangdijanji itu dibayar.
Soalannya adakah cara membina bekalan air ke pulau Redang itu ialah satu
program yang menghapuskan kemiskinan rakyat Terengganu.
Pembelian kapal terbang untuk syrikat Kerajaan Negeri Terengganu bernama
Mediar adalah satu lagi cara wang royalty petroleum digunakan oleh kerajaan
dahulu.
Pada tahun 1990 kerajaan Terengganu telah menubuhkan satu tabung bernama
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. 15 % atau maksima RM 30 juta
daripada royalty petroleum akan dibayar kepada tabung ini sebagai pemegang
amanah.
Tetapi bagaiman pula tabung ini dibenarkan oleh undang-undang untuk
diniagakan dan melabur dalam perniagaan yang penuh dengan risiko?
Ada lagi satu tawaran bernama Tabung Pendidikan Tinggi ditubuhkan pada tahun
1997. Tabung pendidikan ini akan menerima daripada Ta! bung Warisan sebanyak
10 % daripada wang petroleum yang diterima oleh warisan . Wang tabung
pendidikan sudah berjumlah RM 10 juta.
Pegawai tinggi TDM pada masa merancang hendak menubuh satu anak syarikat
bernama Mediair kononnya untuk mengangkut orang- orang sakit dari satu
tempat kepada hospital-hospital di dalam Bandar. Yang demikian satu pesawat
udara mesti dibeli satu kertas kerja yang cepat telah disiapkan menurut
pospech keuntungan kepada Tabung Pendidikan iaitu Tabung Pendidikan membeli
satu pesawat itu dari wang yang ada dan disewakan kepada Mediair. Mendiair
akan membayar sewa kepada Tabung Pendidikan . Apabila pesawat itu dibeli,
pesawat itu tidak boleh didaftar atas nama Tabung Pendidikan sebagai tuan
empunya kerana tabung itu tidak ada lessen . Yang demikian pesawat itu
didaftar di bawah nama Mediair sebagai tuan empunya.
Oleh kerana syarikat itu mengalami kerugian bukan sahaja sewa yang
dijanjikan bahkan wang untuk membe! li pesawat tersebut hilang lesap.
Harga yang dikeluarkan oleh Tabung Pendidikan untuk membeli pesawat itu
ialah RM 6.9 juta. Jenis pesawat yang dibeli ialah pesawat second hand
bernama Piker Chenyne Melalui maklumat yang diperolehi da;lm khidmat pesawat
yang serupa dan sejenis dengannya Piker Cheyene ini, harga pesawat barunya
ialah US 1.2 juta sahaja iaitu lebih kurang RM 4 juta sahaja. Manakala harga
bagi second hand pesawat ini lebih kurang US 200,000 sahaja, iaitu lebih
kurang RM 800,000. Apakah justifikasi membelanjakan RM 6.9 juta membeli
pesawat buruk itu ? Tidakkah ini pembayaran boros yang tidak tahu sempadan ?

Dalam siaran akhbar Kementerian Kewangan kerajaan pusat berkata, " selama
ini kerajaan pusat membantu perbelanjaan wang royalty oleh kerajaan BN
Terengganu dan memastikan wang tersebut digunakan semata-mata untuk tujuan
pembangunan. Kerajaan pusat meneliti laporan audit ke atas perbelanjaan itu
."
Dengan penjelasa! n yang diberi di atas, adakah kerajaan pusat berpuas hati
dengan perbelanjaan tersebut ? Laporan audit penuh dengan teguran- teguran
yang menunjukan perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu tidak
sepatutnya.

Thursday, May 14, 2009

Terengganu sekarang!!!!

Bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh tidak terbabit dengan tindakan 10 wakil rakyat Barisan Nasional memulaukan sidang DUN semalam, kata setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu.

Alias Abdullah menambah, Idris yang juga ADUN Jerteh “tidak tahu-menahu” dengan rancangan tersebut yang dibuat sebelum persidangan dewan bermula jam 9.30 pagi.

“Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan,” kata ADUN Alor Limbat itu, menangkis tanggapan bekas menteri besar itu dalang di sebalik tindakan menggemparkan itu.

“Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?”

Sepuluh ADUN itu termasuk Idris tidak hadir di dalam dewan semalam dengan alasan nyawa tiga orang daripada mereka terancam susulan mesej SMS yang mengugut mereka jika meneruskan sesuatu tindakan yang tidak dinyatakan.

Bagaimanapun dipercayai mesej itu – yang didakwa daripada seorang pegawai kanan kerajaan negeri – sebagai reaksi terhadap ura-ura untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar di sidang DUN semalam.

Alias menjelaskan, Idris tidak dapat dihubungi untuk dimaklumkan tentang tindakan mereka itu.

“Masa kita pulau, Idris tidak tahu tetapi selepas diberitahu (tentang tindakan itu), dia kata ‘ikut pandai kamu’,” katanya.

Tambah Alias, ketua bahagian itu pada sebelah pagi dalam perjalanan dari rumahnya di Besut, kira-kira dua jam berkereta ke Wisma Darul Iman yang menempatkan dewan tersebut.

Idris hadir di sidang DUN pada sesi petang.

Sementara bekas setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid pula berkata, kumpulan 10 ADUN itu memang menolak kepemimpinan Ahmad sebagai menteri besar.

Beliau, juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN negeri berkata, pemimpin tertinggi Umno perlu bertindak menggantikan ADUN Kijal dengan segera.

“Inilah pendirian 10 ADUN BN. Kita minta beliau (Ahmad) berundur,” katanya.

Rosol, yang menerima mesej SMS ugutan tersebut, juga menafikan cakap-cakap bahawa mereka merancang membentuk kerajaan campuran dengan PAS. Daripada 32 kerusi DUN, pembangkang menguasai lapan kerusi.

Tambahnya, kalau ada dakwaan sedemikian, “ia tidak betul”.

Mengulas lanjut perkata tersebut, Alias berkata, “kita ada maruah, kita sama sekali tidak akan tubuh kerajaan campuran dengan PAS.”

“Kita tidak percaya kepada PAS, macam mana hendak tubuh kerajaan campuran?” tambahnya.

ADUN Jabi, Nawi Mohamad, yang mendakwa menyokong 10 ADUN tersebut,emberitahu Malaysiakini, kemungkinan wakil kumpulan berkenaan berunding dengan PAS.

“Tetapi ini masih ura-ura, kita hendak bincang sesama kita terlebih dahulu sebelum berbincang dengan PAS,” katanya.